My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday 21 August 2011

Pembedahan Scoliosis GAGAL! Surgery Day Part II

19 Januari 2011


keesokkan paginya, seawal jam 7 pagi...seorang doktor India perempuan datang melawat..kakak Fadz, (yg keempat) tanya doktor tu, kalau Fadz  dah boleh makan...doktor tu cakap, belum boleh makan lagi..tapi Fadz sudah boleh minum air biasa..hurrmm..kira bagus la tu..kira-kira 5 minit lepas minum tu, bluueekk!!! muntah pula..muntah tu pula kena diri sendiri..hahaha...yeiks!..lagipun Fadz tak boleh gerak..time nak muntah tu pun, badan Fadz SAKIT okey!!! sampai 3 kali muntah time tu...
     Tak lama lepas tu, doktor India tu datang balik...dia pegang kaki kanan Fadz..dia tanya kalau boleh rasa tangan dia dan dia suruh gerak kaki... setakat ni, semua ok.. hinggalah, dia suruh gerak kaki kiri Fadz...Alamakkaki kiri Fadz langsung tak boleh gerak..rasa nak menangis je time tu...rasa takut juga masa tu, kaki tak boleh gerak langsung...yang doktor tadi tu pula masih tak percaya...dia suruh gerak balik..tapi masih tak boleh gerak..Fadz nampak muka dia macam PANIK, lagipun dia tergesa-gesa keluar dari bilik Fadz..
     tak lama lepas tu, dua tiga orang doktor masuk bilik Fadz..doktor tu suruh gerak kaki kiri... Fadz kata masih tak boleh gerak..lepas tu, doktor-doktor tu keluar..
     Dalam jam 9 pagi tu..dua orang doktor datang,..dorang kata nak bawa Fadz pergi tingkat bawah untuk x-ray..sampai dekat bilik x-ray tu..pekerja tu kata Fadz kena pindah atas katil x-ray tu..mula-mula Fadz menolak sebab Fadz masa tu baru buat pembedahan tambahan pula Fadz langsung tak boleh bangun...tapi pekerja tu bekeras juga nak Fadz pindah...doktor tu dengan pekerja tu, terpaksa angkat Fadz atas katil x-ray tu..rasa sakit time tu bukan kepalang lagi..tak terbayang..
     Jam 10 pagi tu, doktor tu datang balik, dia kata nak buat MRI Scan pula...masa tu, kena angkat lagi sekali...Arrghhh!! Sakit laa....
     kira-kira jam 11 pagi, doktor pakar Fadz, (Dr.Chuah) datang dan kata,  ada satu skru(paling atas kiri) yang ada dalam spine Fadz, telah mengenai saraf kaki kiri Fadz...itulah punca kaki kiri Fadz tak boleh gerak...Dr. Chuah kata lagi, Fadz kena buat pembedahan kali kedua supaya mereka boleh melonggarkan skru dan supaya Fadz boleh gerakkan kaki lagi...Fadz boleh rasa sebak dan rasa hati  Fadz HANCUR sebab keadaan Fadz macam tu...
     Masa Fadz masuk bilik bedah kali ke-2 tu...Dr. Chuah kata dekat Fadz yang dia betul-betul minta maaf dekat Fadz dan keluarga sebab Fadz terpaksa oprate kali ke-2 ni..dia pun tak sangka yang keadaan Fadz akan jadi macam ni...
 (Red Marks) skru kiri paling atas~terkena saraf 
MRI Scan
 MRI Scan
 MRI Scan
 MRI Scan

     Lepas pembedahan kali kedua tu, Alhamdulillah...kaki kiri Fadz sudah boleh gerak...Fadz rasa bersyukur sangat-sangat...
(*Fadz TIDAK menyalahkan Dr. Chuah atas pembedahan kali kedua ini-[atas sebab-sebab yang tertentu]:D)

9 comments:

  1. Salam dik. Lepas operation ke 2 tu, dah bleh tros jln ke? or kene g fisio? skarang kaki tu da ok ke? deria rasa sume ade eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      sehari lepas oprate ni, baru boleh berjalan.. xprlu gi fisio..
      skrng kaki dah ok..smua deria ada.. :)

      Delete
  2. Aduii.. kesian awak kan.. hurmm.. sy ada sakit pasal tulang blakang jgk. tp bkn skoliosis. tulang blakang sy lari sikit. tu yg kacau apa tuh.. emm.. xingt pula. hehe. serious, kaki kiri saya sakit sangat!! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yekeh... slipped dics ke?
      kaki kiri awak knpa? effect dari tlg blkng awak tu ?
      take care eh..:D

      Delete
  3. Sy jga ada scoliosis,slpas buat pmbdahan kna rhat brapa lama? Kna pkai bju dia ka?? Smua ni mkn msa lma mana?? Sya student jd sy xnk tngguh study.maaf tya pnjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas oprate, rehat tu brgntung dgn keadaan seseorang.. tapi selalunya, dktr akan bagi masa rehat slama 3 bulan..

      Delete
  4. Aslm. Sy ada mslh yg sma dh 16 thn. Kalau buat surgery kena berapa ribu? Skru tu kekal kt dlm ke? Ada side effect x? Tq...

    ReplyDelete
  5. wsalam.. kos surgery brgantung dgn degree curve tulang.. kalau degree tinggi, tinggi juga lah kosnya.. satu lagi, itu brgantung dgn hsptl krjaan atau swasta..
    ya. skru tu akan kekal.. no side effect.. :)

    ReplyDelete