My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday 11 September 2011

Seminggu dekat wad

Hari kedua lepas pembedahan tu, doktor suruh nurse cabut semua wayar dekat badan dan suruh Fadz berdiri...masa tu, Fadz ada 2orang kakak yang jaga Fadz..merekalah yang tolong Fadz bangun dan duduk..sedangkan doktor dan nurse, tiada satu orang pun yang tolong..
     Masa duduk tu, tak terbayang rasa pening kat kepala...badan Fadz rasa terhuyung-hayang...hanya Tuhan saja yang tahu...mula-mula tu, Fadz cuma duduk..lepas dah kumpul kekuatan, Fadz berdiri dan mula berjalan..itupun kakak yang tolong pegang sebab masa pertama kali kita berjalan selepas pembedahan, kita macam budak kecil yang baru pandai berjalan..terpaksa dipegang..doktor cina perempuan tu cakap, kalau nak pulang rumah cepat, kena tunjukkan muka sihat dan dah boleh berjalan dekat Dr.Chuah...dalam 3 hari Fadz terpaksa kuatkan semangat untuk berjalan(gara-gara nak cepat pulang rumah)...hahahaha
     Lepas semingggu dekat hospital, petang hari Isnin tu..Dr. Chuah datang dan tengok keadaan Fadz..masa tu pun, Fadz tengah berdiri dekat pintu masuk bilik dengan bapa...tak sangka pula doktor datang nak jenguk..Dr. Chuah kata nak tengok luka dan nak cuci luka..


malam tu juga Fadz dapat kebenaran dari doktor, boleh balik rumah..Yeayy!!!
Thnks Doctor.........................

3 comments:

  1. salam,fadz..akak pn skt scoliosis..nk sgt knal dgn awk,nk tnye soaln ttg skt ni...bley bg fb k? no fon k?really2 need your help..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak boleh bagi fb?nk tahu pasal scoliosis juga..

      Delete
    2. fb sy Fadz ianah
      atau bleh follow group scoliosis sy "Scoliosis Gang"

      Delete