My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday 15 August 2011

Temu Janji dengan Mr. Chuah, my Spine doctor

15 OGOS 2011
Fadz terjaga jam 4:10am, Fadz cuba untuk meneruskan tidur tetapi tidak dapat melelapkan mata sebab hari ini ada temu janji dengan Mr. Chuah, doktor dan surgeon        Fadz....
     Fadz buka laptop dan terus online...hurmm..tiada apa-apa yang menarik..
Jam 7pagi, Fadz mula bersiap...jam 8, Fadz, mak dan bapa memulakan perjalanan....
Sejam perjalanan..sangat memenatkan...jam 9 lebih, sampai dekat Klinik Ortopedik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu..


kira-kira jam 9:30pagi, Fadz hantar borang x-ray dekat kaunter...hrrmm..lamanya, nama nak kena panggil...
~~Penat tunggu nama kena panggil~~

tengah menunggu tu, terdengar orang sebelah(lelaki) kata scoli...terus Fadz menoleh, nampak seorang lelaki, seorang budak perempuan dan ibunya...yang budak perempuan tu ambil x-ray dekat kaunter, lepas tu datang balik...Fadz tetap menjadi pemerhati..hinggalah, ibu budak perempuan tu buka x-ray dan Fadz nampak tulang belakang budak tu bengkok.....Fadz segan nak tanya, tapi, dengan keinginan untuk mengetahui itu kuat, Fadz tanya lelaki dekat sebelah...cakap punya cakap, umur budak perempuan tu, 18 tahun...dia tahu dia ada scoliosis masa dia umur 15 tahun...lepas tu, budak perempuan tu, dia minta e-mail Fadz dan nama Fadz...Aduhai.! begitu bodoh terasa diri ini, Fadz tak tahu nama dia..dan kesalahan terbesar ialah Fadz langsung tak minta email atau nombor budak tu....:(

Jam 10:30, nama kena panggil untuk x-ray....ok! x-ray sudah siap! tinggal jumpa doc lagi....
~~Nombor Giliran~~

~~lambatnya nombor kena panggil~~

      jam 11:30 pagi...masuk bilik 7..bilik doktor ku...hehehe...lepas tu, Fadz tanya kat doc, pasal budak perempuan tadi... doc kata, curve budak tu, 100degree...WoW...terkejutnya dengar...rupanya, ada yang lebih teruk dari Fadz... doc cakap lagi, budak perempuan tu masih tak nak buat pembedahan...hurmm..sedih pula dengar...

     ok! doc ckp, semua ok...tiada masalah...yang paling menyeronokkan..doktor Fadz tanya Fadz, kalau nak ambil gambar x-ray tu..Fadz cakaplah yang Fadz nak ambil gambar...hehehe..dapat juga gambar x-ray yang terang... 
  ~I Like my Spine~
~I LOVE MY SCREWS~

Itulah cerita Temu Janji dengan Mr.Chuah hari ini..

No comments:

Post a Comment