My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday 19 December 2011

cuti panjang~~

As Salam dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog ku...


Hari ini, Fadz rasa tersangat-sangat bosan! Al-maklumlah, sekarang ni dah mula cuti sekolah..Sebenarnya, Fadz suka cuti sekolah, sebab Fadz boleh tidur sepuasnya dan mula lah bermalas-malasan atas tilam...


tapi, bila dah mula cuti sekolah ni, Fadz susah sangat nak jumpa friends...kalau orang lain, inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama family dorang..tapi, Fadz tak macam dorang..family Fadz semuanya sibuk dengan hal masing-masing...mak dan bapa pula, dua-dua sibuk dengan kerja...
tinggallah Fadz seorang...:( :(


---------------------------------------------------------------------------------------------

sekarang, ada 2minggu lagi cuti sekolah..lepas tu sekolah balik...dan yang paling penting, 22December ni result PMR 2011 nak keluar..fuh! tak tau lah result nanti macam mana..hopefully, lulus..

plan Fadz tahun depan pula, nak pindah sekolah...Fadz nak masuk Sekolah Menengah Teknik Likas..huhuhu..Fadz harap permohonan Fadz tak ditolak..

minggu ni, Fadz habiskan cuti di daerah Pitas...Fadz ikut kakak Fadz tinggal dekat sini..nak kata bosan tu, memang SUPER bosan..tapi, sekurang-kurangnya Fadz boleh tenang dekat sini..lagipun, ada seseorang yang sanggup menemani..huhuhuhu..


Monday 5 December 2011

parutku oh parutku

Hai semua~~~
hari ini, Fadz nak ceritakan tentang parut Fadz..sebab hari ini, ada sorang kakak ni..tanya Fadz pasal parut yang Fadz upload hari tu...

Gambar parut dekat bawah ni, kakak Fadz ambil semasa Fadz berada di wad mata...masa tu, ada seorang doktor India yang datang melawat..katanya nak tengok luka, lepas tu nak cuci...
mula-mula, geli juga nak tengok..hahaha..jangan korang geli sudah..:D

buat masa ni, ini saja yang Fadz dapat coretkan...
Fadz malas..Fadz sibuk sikit...hehehe

Monday 7 November 2011

Fadz ikut perlawanan Bola Tampar

Hello semua~~~~~~
wahh...lamanya tak update blog....kalau ikutkan hati, berbulan-bulan blog ni terbiar...hehe...hari ni, kalau tak silap kiraan Fadz..sudah 9bulan 3minggu lepas op..
last appointment tulang hari tu, doktor Fadz sudah bagi kebenaran untuk main sports..:)


So, beberapa hari lepas..Fadz ikut perlawanan bola tampar...bukan calang-calang sport tu...hihihi...
(Fadz yang tengah ambil bola)

(Fadz tengah berlari ambil bola depan jaring)
Siap sedia untuk pukul bola!

pada masa tu, pemain kami adalah 3lelaki dan 3perempuan, mixed...
Pendek kata, Fadz memang seronok time tu...dapat juga melepaskan hasrat main bola tampar balik...maklumlah, Fadz sudah hampir 2 tahun tidak main kerana satu sebab...Sebab Fadz ada scoliosis...:)
tapi tak apa...sebab sekarang Fadz sudah aktif balik dalam sport yang Fadz suka..:D

Mesti tak best kalau sekadar tengok gambar..hehe...
Kat bawah ni, Fadz sertakan video perlawanan kami...
Siap masuk YouTube lagi..:D

hehe...kalau nak cari Fadz, senang sangat....dekat team Fadz, Fadz seorang sahaja yang pakai tudung..:) Team Fadz, sebelah kiri..:) 

Selamat Menonton! :D

(p/s : walaupun Fadz seorang pesakit scoliosis, tapi Fadz boleh lakukan hampir semua perkara selepas op...Jadi, para pesakit scoliosis yang belum op..macam mana pula??
pastikan anda telah membuat keputusan yang betul :)

Sunday 16 October 2011

My Lovely Family~~~Forever

Seorang anak tak lengkap tanpa sebuah keluarga...kan....
Fadz nak cerita pasal keluarga hari ni...hehe...keluarga besar Fadz...


Dekat bawah ni, gambar mak dengan ayah...:)


Abang Sulung Fadz dan kakak ipar

Kakak nombor 2(sangat susah ambil picture ni...hahaha)
Anak Buah(anak kakak no. 2)
kakak nombor 3

kakak nombor 4, abang ipar dan anak buah(Qimi)

kakak nombor 5

Abang nombor 6 dan kakak ipar

Abang nombor 7

Abang nombor 8


Adik nombor 9 ((Fadz)) o.o

Thursday 13 October 2011

Freedom!!!!!~~~~lalalala

hurmm...lamanya tak update blog....hari ni hari ke-4 dan hari yang terakhir Fadz menduduki PMR 2011, exam yang kedua terbesar dalam alam persekolahan...rasa macam terlepas dua beban...tapi Fadz tidak mahu terlalu teruja dan seronok sebab Fadz terpaksa menunggu result PMR yang keluar nanti...tak tau lah macam mana nanti..hopefully lulus...
     Lepas PMR ni, sekolah Fadz banyak anjurkan aktiviti....yang penting, Fadz nak ikut at least satu aktiviti....my friend kata,, lepas PMR ni, mungkin cikgu anjurkan pertandingan bola tampar...wah!!! Fadz nak ikut!! I dont care....tangan ni rasa-rasa nak tampar bola tu...hahaha...
     
     Bulan lepas hari jadi Fadz...hehehe...12 SEPTEMBER 2011...masa tu, Fadz memang tak sangka-sangka..rupanya, ada kejutan menanti Fadz.....
Time waktu rehat persekolahan, kawan Fadz bawa masuk dalam kelas kek hari jadi...perasaan time, sangat-sangat gembira...hahaha...bestnya time tu....
Yang ni kek my friends bagi...<3

Balik dari sekolah...my dad yang ambil...lepas tu, my dad bawa beli barang dekat pekan..sampai dekat pekan,, my dad suruh ambil kek Fadz...wah!! .....sekali tengok tulisan dekat kek tu, terharu pula...huhu..

 I love this CAKE!!!
Me with my lovely cake~~~~

Fadz rasa bersyukur sangat sebab ada kawan yang prihatin dan ibubapa yang mengambil berat....
I LOVE YOU ALL..................................................

Tuesday 27 September 2011

Sunday 11 September 2011

Masuk Wad lagi sekali :((((((

Wah!! tak sangka-sangka boleh balik rumah..sampai dekat rumah, semuanya gembira tengok Fadz dah sihat..Fadz pun gembira dapat balik rumah...

malangnya, kegembiraan itu, telah ditarik balik..
hari ke-5(Jumaat) Fadz berada di rumah, Fadz rasa mata kiri Fadz macam masuk benda..jadi, Fadz gosok pakai tangan..bapa kata, jangan gosok..nanti mata tu jadi merah..tapi, Fadz gosok juga(sebab kalau kita gosok, benda tu akan hilang)..tapi, tak tahu lah hari tu kenapa benda tu tak hilang-hilang juga...
     malam tu, mak Fadz panggil seorang nenek yang pandai ubat orang(maklumlah orang kampung..tahu-tahu sajalah)...lepas tu, mak cik datang dan suruh letak eye-mo..kami pun letak lah..malam tu, Fadz langsung tak lena nak tidur..mata Fadz rasa sakit sangat...
     hari ke-6(Sabtu)..bapa bawa Fadz pegi klinik..doktor tu kata, dalam anak mata kiri Fadz ada satu tompok kecil warna putih..lepas tu, doktor bagi ubat titis dan krim mata...malam tu, masa tidur..perkara yang sama masih berlaku..kali ni, mata Fadz rasa macam kena cucuk oleh jarum...
     hari ke-7(Ahad)..bapa ambil keputusan untuk bawa Fadz pergi hospital(Kota Belud)..masa tu, kakak no. 5, yang temankan Fadz...sampai dekat hospital, doktor tu cakap nak cuci mata Fadz...sakitnya masa tu..sudahlah masa tu lepas op, tak boleh gerak sangat..
lepas tu, doktor tu datang dekat Fadz dan kata, Fadz kena masuk wad dekat Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu..Ya Allah!! Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan Fadz masa tu...menitis air mata mengenangkan perkara tu..
     Sampai di HQE, Fadz didaftarkan di wad mata..petang tu, doktor India perempuan datang dan check mata Fadz...
lepas tu, doktor tu kata, mata Fadz kena corneal ulser dan Fadz mesti duduk dekat wad...malangnya nasib Fadz..Fadz sudah lah baru lepas dua kali pembedahan, dan sekarang, mata kiri Fadz kena Corneal Ulser pula..Fadz dapat rasa hati Fadz hancur ketika tu...rasa sedih sangat...
~mata kiri yang ada selaput putih+merah~

cuti yang doktor bagi lepas pembedahan scoliosis sepatutnya Fadz habiskan di rumah, telah Fadz habiskan di wad mata..
Fadz telah menghabiskan masa selama 2bulan berada di wad mata...
(maaf, sebahagian tulisan terpadam[fadz punya pasal])
:D
 (ni, tengah main game..sebab TERLALU BOSAN dekat ward)
(yang ni pula, antara ubat-ubat yang perlu dititiskan dalam mata Fadz.
setiap 1jam titis ubat, BOSAN!)
 antara ubat-ubat
 Homatropine-
 Vigamox
 Betamet
 Genta-Bet
Fucithalmic(ubat krim)

sehingga kini, Fadz mempunyai selaput putih di mata kiri Fadz...last appointment dengan doktor mata hari tu...doktor kata, mata kiri Fadz mempunyai 450degree..sedangkan mata kanan Fadz 0degree...jauhnya perbezaan..:(((

Ohh~~lepas satu masalah timbul lagi satu masalah....
Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah..

Seminggu dekat wad

Hari kedua lepas pembedahan tu, doktor suruh nurse cabut semua wayar dekat badan dan suruh Fadz berdiri...masa tu, Fadz ada 2orang kakak yang jaga Fadz..merekalah yang tolong Fadz bangun dan duduk..sedangkan doktor dan nurse, tiada satu orang pun yang tolong..
     Masa duduk tu, tak terbayang rasa pening kat kepala...badan Fadz rasa terhuyung-hayang...hanya Tuhan saja yang tahu...mula-mula tu, Fadz cuma duduk..lepas dah kumpul kekuatan, Fadz berdiri dan mula berjalan..itupun kakak yang tolong pegang sebab masa pertama kali kita berjalan selepas pembedahan, kita macam budak kecil yang baru pandai berjalan..terpaksa dipegang..doktor cina perempuan tu cakap, kalau nak pulang rumah cepat, kena tunjukkan muka sihat dan dah boleh berjalan dekat Dr.Chuah...dalam 3 hari Fadz terpaksa kuatkan semangat untuk berjalan(gara-gara nak cepat pulang rumah)...hahahaha
     Lepas semingggu dekat hospital, petang hari Isnin tu..Dr. Chuah datang dan tengok keadaan Fadz..masa tu pun, Fadz tengah berdiri dekat pintu masuk bilik dengan bapa...tak sangka pula doktor datang nak jenguk..Dr. Chuah kata nak tengok luka dan nak cuci luka..


malam tu juga Fadz dapat kebenaran dari doktor, boleh balik rumah..Yeayy!!!
Thnks Doctor.........................

Sunday 21 August 2011

Pembedahan Scoliosis GAGAL! Surgery Day Part II

19 Januari 2011


keesokkan paginya, seawal jam 7 pagi...seorang doktor India perempuan datang melawat..kakak Fadz, (yg keempat) tanya doktor tu, kalau Fadz  dah boleh makan...doktor tu cakap, belum boleh makan lagi..tapi Fadz sudah boleh minum air biasa..hurrmm..kira bagus la tu..kira-kira 5 minit lepas minum tu, bluueekk!!! muntah pula..muntah tu pula kena diri sendiri..hahaha...yeiks!..lagipun Fadz tak boleh gerak..time nak muntah tu pun, badan Fadz SAKIT okey!!! sampai 3 kali muntah time tu...
     Tak lama lepas tu, doktor India tu datang balik...dia pegang kaki kanan Fadz..dia tanya kalau boleh rasa tangan dia dan dia suruh gerak kaki... setakat ni, semua ok.. hinggalah, dia suruh gerak kaki kiri Fadz...Alamakkaki kiri Fadz langsung tak boleh gerak..rasa nak menangis je time tu...rasa takut juga masa tu, kaki tak boleh gerak langsung...yang doktor tadi tu pula masih tak percaya...dia suruh gerak balik..tapi masih tak boleh gerak..Fadz nampak muka dia macam PANIK, lagipun dia tergesa-gesa keluar dari bilik Fadz..
     tak lama lepas tu, dua tiga orang doktor masuk bilik Fadz..doktor tu suruh gerak kaki kiri... Fadz kata masih tak boleh gerak..lepas tu, doktor-doktor tu keluar..
     Dalam jam 9 pagi tu..dua orang doktor datang,..dorang kata nak bawa Fadz pergi tingkat bawah untuk x-ray..sampai dekat bilik x-ray tu..pekerja tu kata Fadz kena pindah atas katil x-ray tu..mula-mula Fadz menolak sebab Fadz masa tu baru buat pembedahan tambahan pula Fadz langsung tak boleh bangun...tapi pekerja tu bekeras juga nak Fadz pindah...doktor tu dengan pekerja tu, terpaksa angkat Fadz atas katil x-ray tu..rasa sakit time tu bukan kepalang lagi..tak terbayang..
     Jam 10 pagi tu, doktor tu datang balik, dia kata nak buat MRI Scan pula...masa tu, kena angkat lagi sekali...Arrghhh!! Sakit laa....
     kira-kira jam 11 pagi, doktor pakar Fadz, (Dr.Chuah) datang dan kata,  ada satu skru(paling atas kiri) yang ada dalam spine Fadz, telah mengenai saraf kaki kiri Fadz...itulah punca kaki kiri Fadz tak boleh gerak...Dr. Chuah kata lagi, Fadz kena buat pembedahan kali kedua supaya mereka boleh melonggarkan skru dan supaya Fadz boleh gerakkan kaki lagi...Fadz boleh rasa sebak dan rasa hati  Fadz HANCUR sebab keadaan Fadz macam tu...
     Masa Fadz masuk bilik bedah kali ke-2 tu...Dr. Chuah kata dekat Fadz yang dia betul-betul minta maaf dekat Fadz dan keluarga sebab Fadz terpaksa oprate kali ke-2 ni..dia pun tak sangka yang keadaan Fadz akan jadi macam ni...
 (Red Marks) skru kiri paling atas~terkena saraf 
MRI Scan
 MRI Scan
 MRI Scan
 MRI Scan

     Lepas pembedahan kali kedua tu, Alhamdulillah...kaki kiri Fadz sudah boleh gerak...Fadz rasa bersyukur sangat-sangat...
(*Fadz TIDAK menyalahkan Dr. Chuah atas pembedahan kali kedua ini-[atas sebab-sebab yang tertentu]:D)

Wednesday 17 August 2011

Surgery Day Part I

Selepas operation yang dulu langsung tak jadi...doc suruh datang balik lepas 1bulan...
Tarikh operation adalah 18 Januari 2011...

17 Januari 2011
datang dekat Sabah Medical Centre..masuk wad FOW...lepas tu,dua tiga orang doktor tanya soalan..jam 4:00petang, seorang doktor perempuan India, yang bernama Patricia, datang dekat Fadz, kata nak ambil darah...Auuuww!!! Sakit!!
Jam 4:30petang, doktor tu datang balik, kata nak masukkan jarum IV..4 kali, dia cucuk dekat tangan, masih tak dapat-dapat lagi..Fadz menangis time, sebab sakit ok..dia kata, dia tak biasa masukkan jarum dalam tangan budak kecil, ok! katalah tak pandai, janganlah panggil orang budak kecik! Grrrrr! Lepas tu, dia panggil seorang doktor perempuan Cina..doktor tu ambillah jarum yang kecil, dan dialah yang masukkan jarum dalam tangan Fadz,,huhuhu...
     Jam 5:30petang, doktor Fadz, Dr. Chuah datang tengok keadaan Fadz...bilik tu, penuh dengan kehadiran doktor-doktor yang nak lihat keadaan Fadz(macam lah kita ni pelik sangat)...Dr.Chuah pula, terangkan apa benda perlu dibuat esok..malam tu, Fadz makan banyak sikit, sebab Fadz kena suruh puasa bermula jam 12:00 tengah malam...


18 Januari 2011..
mengantuk sikit..sebab semalam tidur tak lena...jam 7:00pagi, nurse datang bawa pakaian operation..dia suruh mandi dan pakai baju tu....dia kata, Fadz orang yang ketiga kena operation..jadi, Fadz kena bersedia sebab bila-bila masa sahaja, Fadz kena panggil masuk bilik operation...
Kira-kira jam 11:30pagi..ahli keluarga Fadz yang lain datang menjenguk Fadz...perasaan time tu, tak tergambar..takut sangat-sangat..:(
Jam 2:00petang~Fadz dah kena panggil masuk bilik bedah..time kena usung tu, singgah dekat kaunter kejap sebab nurse suruh telan ubat dua biji...masa masuk bilik bedah tu, tak lah terus operation..Fadz kena tunggu lagi, sebab ada orang yang masih dalam bilik bedah..masa tunggu tu, sempat lagi bergurau dengan staf-staf bilik bedah tu..hehehe...
tak lama lepas tu, keluar seorang budak perempuan dari bilik bedah dan letak dekat sebelah Fadz...kesian budak tu, menangis sebab seluruh kaki kirinya, disimen..terfikir pula, Fadz nanti macam mana ya??
Ayah kata, Fadz keluar bilik bedah tu, jam 11malam dah..bayangkan, masuk jam 2:00petang, sekali keluar jam 11malam..kesian dekat keluarga tunggu Fadz sampai lewat malam..
(*Informasi tambahan : Mr. Chuah kata, Fadz kena bedah jam 3:30petang dan tamat jam 7:30malam[4 jam]
Lepas keluar dari bilik bedah, Fadz terus masuk wad...bernasib baik sikit sebab tak perlu masuk ICU..
 ~~beruntung sebab kakak ada ambil gambar masa baru keluar bilik bedah~~
~~bencinya hos tu, rasa-rasa nak cabut!~~

Tak lama lepas tu, datang seorang doktor India lelaki bangunkan Fadz..Isshh!! Kacau orang yang nak tidur!! orang baru operation lah..penat..nak tidur..doktor tu, check keadaan Fadz dan tanya nama Fadz..ayat yang Fadz terfikir time tu adalah, "Tak nampak ke nama Fadz yang tergantung kat katil tu? Tak boleh baca??" hahahaha...hurrmm..tak apalah..Fadz sebut nama Fadz, terus doktor tu pergi..hehehe..aman sikit~~


(*Sedikit lagi informasi tambahan : ada dua orang pakar ortopedik yang membuat pembedahan Fadz.. pertama: my doctor, Mr. Chuah dan Mr. Nahulan)

Tuesday 16 August 2011

Operation yang tak jadi


Setelah dua tahun menunggu, akhirnya..Fadz dapat operation juga..sepatutnya, 28 Disember 2010..doktor sudah kata, kalau selesema, operation tak akan jadi..TAPI, disebabkan terlampau takut+gementar dan tak bersedia langsung, Fadz terkena selesema pula hari tu..haha..

27 Disember tu dah masuk wad..dah masuk jarum IV pun...tapi, bila doktor bius datang dan check keadaan Fadz..dia kata tak nak ambil risiko..sebab mereka akan masukkan satu tiub ke dalam mulut masa operation tu nanti...takut Fadz akan kena asma(walaupun Fadz tak ada asma)..jadi, petang tu, Fadz keluar wad balik...huhuhu..:(

Monday 15 August 2011

Temu Janji dengan Mr. Chuah, my Spine doctor

15 OGOS 2011
Fadz terjaga jam 4:10am, Fadz cuba untuk meneruskan tidur tetapi tidak dapat melelapkan mata sebab hari ini ada temu janji dengan Mr. Chuah, doktor dan surgeon        Fadz....
     Fadz buka laptop dan terus online...hurmm..tiada apa-apa yang menarik..
Jam 7pagi, Fadz mula bersiap...jam 8, Fadz, mak dan bapa memulakan perjalanan....
Sejam perjalanan..sangat memenatkan...jam 9 lebih, sampai dekat Klinik Ortopedik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu..


kira-kira jam 9:30pagi, Fadz hantar borang x-ray dekat kaunter...hrrmm..lamanya, nama nak kena panggil...
~~Penat tunggu nama kena panggil~~

tengah menunggu tu, terdengar orang sebelah(lelaki) kata scoli...terus Fadz menoleh, nampak seorang lelaki, seorang budak perempuan dan ibunya...yang budak perempuan tu ambil x-ray dekat kaunter, lepas tu datang balik...Fadz tetap menjadi pemerhati..hinggalah, ibu budak perempuan tu buka x-ray dan Fadz nampak tulang belakang budak tu bengkok.....Fadz segan nak tanya, tapi, dengan keinginan untuk mengetahui itu kuat, Fadz tanya lelaki dekat sebelah...cakap punya cakap, umur budak perempuan tu, 18 tahun...dia tahu dia ada scoliosis masa dia umur 15 tahun...lepas tu, budak perempuan tu, dia minta e-mail Fadz dan nama Fadz...Aduhai.! begitu bodoh terasa diri ini, Fadz tak tahu nama dia..dan kesalahan terbesar ialah Fadz langsung tak minta email atau nombor budak tu....:(

Jam 10:30, nama kena panggil untuk x-ray....ok! x-ray sudah siap! tinggal jumpa doc lagi....
~~Nombor Giliran~~

~~lambatnya nombor kena panggil~~

      jam 11:30 pagi...masuk bilik 7..bilik doktor ku...hehehe...lepas tu, Fadz tanya kat doc, pasal budak perempuan tadi... doc kata, curve budak tu, 100degree...WoW...terkejutnya dengar...rupanya, ada yang lebih teruk dari Fadz... doc cakap lagi, budak perempuan tu masih tak nak buat pembedahan...hurmm..sedih pula dengar...

     ok! doc ckp, semua ok...tiada masalah...yang paling menyeronokkan..doktor Fadz tanya Fadz, kalau nak ambil gambar x-ray tu..Fadz cakaplah yang Fadz nak ambil gambar...hehehe..dapat juga gambar x-ray yang terang... 
  ~I Like my Spine~
~I LOVE MY SCREWS~

Itulah cerita Temu Janji dengan Mr.Chuah hari ini..

Sunday 7 August 2011

Scoliosis Oh Scoliosis

baru-baru ni, Fadz banyak add kawan-kawan scoliosis yang baru kat FB...hurrmm...ada yang dah buat operation, ada pula yang tak nak buat, ada pula yang ikhtiar cari cara penyembuhan tanpa op... kekadang, kesian pula tengok dorang...dulu, masa Fadz dapat tahu Fadz ada scoliosis, Fadz menangis, takut n tertanya-tanya, napalah Fadz ada penyakit ni...kenapa orang lain boleh normal, Fadz pula tidak?? hurmmm...takdir sudah ditetapkan..
     sekarang ni.."bengkak" kat belakang masih lagi timbul...masa last appoiment tulang dulu, doktor cakap, bengkak tu takkan dapat reda lagi..sebab degree curve dulu teruk sangat..(80degree)..so, akan susah untuk dapat body macam dulu..body sekarang memanglah lurus, tapi, pandangan sisi pula macam mana??lepas tu kalau tunduk, macam org bongkok...
     Doc kata lagi, kalau nak bengkak tu hilang, buat pembedahan lagi sekali..potong tulang rusuk...Fuhhh!! Ngeri pula dengar! dulu tu memang ngeri dengar skru kena masuk dalam spine...ini, lagilah ngeri..kena potong tulang rusuk!! 
     Ayah kata, tak payah buat...lagipun tak penting sangat...itu kata ayah..Kata aku?? takkan ayah tak nak dengar...Fadz nak juga jadi macam orang normal...masa depan pula macam mana? Haiisshh....Berserabut otak ni nak fikir...

Aduhaii..Scoliosis Oh Scoliosis!

Tuesday 2 August 2011

Bulan Ramadhan sudah tiba

Alhamdulillah...bulan Ramadhan yang kita tunggu-tunggu selama ini sudah tiba...Fadz rasa seronok pula menyambut bulan Ramadhan tahun ni..rasa bersyukur pada Tuhan kerana masih beri kesempatan pada Fadz menyambut bulan Ramadhan tahun ni..badan pun dah STRAIGHT...happy sangat..
    Baru-baru ni..30,Julai 2011, Abang kedua Fadz, Mohd. Fadzrul, selamat bernikah dengan pasangannya...kitorang tak buat besar-besar...cukuplah sekadar dihadiri dengan keluarga terdekat sahaja...dengan sekali lafaz, abg Fadz, memikul tanggungjawab yang besar sebagai suami....mudah-mudahan, abg fadzrul and kak ila akan kekal bahagia sampai akhirat...Amiin...




Dalam bulan Ramadhan ni...begitu banyak cabaran yang harus Fadz tempuhi...mudah-mudahan Tuhan akan permudahkan segala urusan Fadz...minggu depan ni pula ada excel II....tak tau lah macam mana nanti...belum bersedia langsung! Asyik layan FB saja....Fikiran pun melayang entah kemana...napalah jadi mcm ni...tak lama lagi nak PMR.....nak ulangkaji lagi...subjek Math lagilah nak kena fokus..Asyik GAGAL....tengoklah nanti macam mana...


OK..nanti Fadz sambung k...^_^

Monday 25 July 2011

My video

~~~Scoliosis Gurl~~~


Yang dekat bawah ni...video kedua yang Fadz buat sebab video pertama(di atas) mempunyai beberapa maklumat yang salah...
(mohon maaf)

Saturday 2 July 2011

Hantar Kak Fataha Ke Airport

malam khamis tu, Fadz masuk bilik mak, ingtakan nak tanya sesuatu..tapi, kebetulan time tu mak tengah bercakap dengan abg no.8, dngar pnya dengar..mak nak pegi Airport hantar kak Fataha, hari jumaat(esoknya)....
Fadz pun apa lagi..nak ikuttt!!!! Maklumlah anak bongsu ni kan..mesti diturutkan permintaan..hahhaha..nanti takut merajuk pula...hihihi
Sampai kat Airport, kami pergi sarapan....punyalah sakit hati kat restoran tu!! INGAT ya Para Pembaca..RESTORAN ASIAN DELIGHT di Airport Terminal 2, Kota Kinabalu..masa Fadz pesan Nasi Lemak..dah nak habis dah nasi tu, sekali tengok kat sambal dia, ADA SEURAT RAMBUT!!! apa punya restoran ni??  HUH!!
..
kitorang dekat sana smpailah menunggu flight kak Ah jam 10.55am....
..
sampai jam 10.30am..sampai lah masanya "say Gud Bye2"...huhu...
.................................


lepas hantar kak Ah pergi Airport, mak nak beli kain, untuk hari raya nanti....Fadz pun apa lagi..ambil kesempatan..huahuahua....ambik baju kurung moden..dalam RM70 lebih macam tu...
dapatlah sepasang baju raya..hihihi

Friday 1 July 2011

Lama X update Blog

As'salam semua dan Salam sejahtera pada yang bukan muslim...
hehhe...Fadz harap korang semua dalam keadaan yang baik....
Dalam bulan Julai ni, Fadz sibuk sangat..folio geografi and folio sejarah hantar hari isnin ni...aduuii..folio sejarah Fadz belum siap la....


Dalam Bulan Jun baru-baru ni, ada program anak angkat dekat kampung...anak angkat pun bukan calang-calang orang...kalo tak silap N.41?? entahlah..Fadz pun tak ingat...hehehe...
tapi yang bestnya, keluarga Fadz pun ada dapat sorang..perempuan...mula-mula kakak angkat Fadz tu datang rumah, hari isnin..tapi Fadz tiada, Fadz sekolah time tu...lagipun Fadz tak tahu LANGSUNG tentang program ni...ingatkan sapalah datang rumah...haha..mula-mula tu, taklah rapat sangat...sebab akak Fada tu sibuk,dengan program dorang, lagipun Fadz pun sibuk dekat tingkat atas...hari ketiga kakak tu kat situ, barulah aku sempat berkenalan....namanya kak Fataha..panggil Ah..dari Pahang...kerja dekat Selangor?? hihihi..lupa lagii...


Ada satu hari tu, Fadz bercerita dengan mak pasal kak Ah...cerita punya cerita, baru Fadz tahu yg kak Ah ni TAKUT KUCING....hahahahaha......Fadz ketawa tiap kali Fadz ingat benda tu...napalah kak Ah takut kucing.??...


hahaha..seminggu kak Ah dekat situ, tak terasa pun masa berlalu...hari Ahad lalu, kami pegi Tamu Kota Belud dan Pantai Nanamun...


bestnya pegi pantai...lagi-lagi dengan keluarga...Fadz sempat mengukir "Scoliosis Girl"  kat pasir..