My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday 27 September 2011

Sunday 11 September 2011

Masuk Wad lagi sekali :((((((

Wah!! tak sangka-sangka boleh balik rumah..sampai dekat rumah, semuanya gembira tengok Fadz dah sihat..Fadz pun gembira dapat balik rumah...

malangnya, kegembiraan itu, telah ditarik balik..
hari ke-5(Jumaat) Fadz berada di rumah, Fadz rasa mata kiri Fadz macam masuk benda..jadi, Fadz gosok pakai tangan..bapa kata, jangan gosok..nanti mata tu jadi merah..tapi, Fadz gosok juga(sebab kalau kita gosok, benda tu akan hilang)..tapi, tak tahu lah hari tu kenapa benda tu tak hilang-hilang juga...
     malam tu, mak Fadz panggil seorang nenek yang pandai ubat orang(maklumlah orang kampung..tahu-tahu sajalah)...lepas tu, mak cik datang dan suruh letak eye-mo..kami pun letak lah..malam tu, Fadz langsung tak lena nak tidur..mata Fadz rasa sakit sangat...
     hari ke-6(Sabtu)..bapa bawa Fadz pegi klinik..doktor tu kata, dalam anak mata kiri Fadz ada satu tompok kecil warna putih..lepas tu, doktor bagi ubat titis dan krim mata...malam tu, masa tidur..perkara yang sama masih berlaku..kali ni, mata Fadz rasa macam kena cucuk oleh jarum...
     hari ke-7(Ahad)..bapa ambil keputusan untuk bawa Fadz pergi hospital(Kota Belud)..masa tu, kakak no. 5, yang temankan Fadz...sampai dekat hospital, doktor tu cakap nak cuci mata Fadz...sakitnya masa tu..sudahlah masa tu lepas op, tak boleh gerak sangat..
lepas tu, doktor tu datang dekat Fadz dan kata, Fadz kena masuk wad dekat Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu..Ya Allah!! Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan Fadz masa tu...menitis air mata mengenangkan perkara tu..
     Sampai di HQE, Fadz didaftarkan di wad mata..petang tu, doktor India perempuan datang dan check mata Fadz...
lepas tu, doktor tu kata, mata Fadz kena corneal ulser dan Fadz mesti duduk dekat wad...malangnya nasib Fadz..Fadz sudah lah baru lepas dua kali pembedahan, dan sekarang, mata kiri Fadz kena Corneal Ulser pula..Fadz dapat rasa hati Fadz hancur ketika tu...rasa sedih sangat...
~mata kiri yang ada selaput putih+merah~

cuti yang doktor bagi lepas pembedahan scoliosis sepatutnya Fadz habiskan di rumah, telah Fadz habiskan di wad mata..
Fadz telah menghabiskan masa selama 2bulan berada di wad mata...
(maaf, sebahagian tulisan terpadam[fadz punya pasal])
:D
 (ni, tengah main game..sebab TERLALU BOSAN dekat ward)
(yang ni pula, antara ubat-ubat yang perlu dititiskan dalam mata Fadz.
setiap 1jam titis ubat, BOSAN!)
 antara ubat-ubat
 Homatropine-
 Vigamox
 Betamet
 Genta-Bet
Fucithalmic(ubat krim)

sehingga kini, Fadz mempunyai selaput putih di mata kiri Fadz...last appointment dengan doktor mata hari tu...doktor kata, mata kiri Fadz mempunyai 450degree..sedangkan mata kanan Fadz 0degree...jauhnya perbezaan..:(((

Ohh~~lepas satu masalah timbul lagi satu masalah....
Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah..

Seminggu dekat wad

Hari kedua lepas pembedahan tu, doktor suruh nurse cabut semua wayar dekat badan dan suruh Fadz berdiri...masa tu, Fadz ada 2orang kakak yang jaga Fadz..merekalah yang tolong Fadz bangun dan duduk..sedangkan doktor dan nurse, tiada satu orang pun yang tolong..
     Masa duduk tu, tak terbayang rasa pening kat kepala...badan Fadz rasa terhuyung-hayang...hanya Tuhan saja yang tahu...mula-mula tu, Fadz cuma duduk..lepas dah kumpul kekuatan, Fadz berdiri dan mula berjalan..itupun kakak yang tolong pegang sebab masa pertama kali kita berjalan selepas pembedahan, kita macam budak kecil yang baru pandai berjalan..terpaksa dipegang..doktor cina perempuan tu cakap, kalau nak pulang rumah cepat, kena tunjukkan muka sihat dan dah boleh berjalan dekat Dr.Chuah...dalam 3 hari Fadz terpaksa kuatkan semangat untuk berjalan(gara-gara nak cepat pulang rumah)...hahahaha
     Lepas semingggu dekat hospital, petang hari Isnin tu..Dr. Chuah datang dan tengok keadaan Fadz..masa tu pun, Fadz tengah berdiri dekat pintu masuk bilik dengan bapa...tak sangka pula doktor datang nak jenguk..Dr. Chuah kata nak tengok luka dan nak cuci luka..


malam tu juga Fadz dapat kebenaran dari doktor, boleh balik rumah..Yeayy!!!
Thnks Doctor.........................