My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday 17 August 2011

Surgery Day Part I

Selepas operation yang dulu langsung tak jadi...doc suruh datang balik lepas 1bulan...
Tarikh operation adalah 18 Januari 2011...

17 Januari 2011
datang dekat Sabah Medical Centre..masuk wad FOW...lepas tu,dua tiga orang doktor tanya soalan..jam 4:00petang, seorang doktor perempuan India, yang bernama Patricia, datang dekat Fadz, kata nak ambil darah...Auuuww!!! Sakit!!
Jam 4:30petang, doktor tu datang balik, kata nak masukkan jarum IV..4 kali, dia cucuk dekat tangan, masih tak dapat-dapat lagi..Fadz menangis time, sebab sakit ok..dia kata, dia tak biasa masukkan jarum dalam tangan budak kecil, ok! katalah tak pandai, janganlah panggil orang budak kecik! Grrrrr! Lepas tu, dia panggil seorang doktor perempuan Cina..doktor tu ambillah jarum yang kecil, dan dialah yang masukkan jarum dalam tangan Fadz,,huhuhu...
     Jam 5:30petang, doktor Fadz, Dr. Chuah datang tengok keadaan Fadz...bilik tu, penuh dengan kehadiran doktor-doktor yang nak lihat keadaan Fadz(macam lah kita ni pelik sangat)...Dr.Chuah pula, terangkan apa benda perlu dibuat esok..malam tu, Fadz makan banyak sikit, sebab Fadz kena suruh puasa bermula jam 12:00 tengah malam...


18 Januari 2011..
mengantuk sikit..sebab semalam tidur tak lena...jam 7:00pagi, nurse datang bawa pakaian operation..dia suruh mandi dan pakai baju tu....dia kata, Fadz orang yang ketiga kena operation..jadi, Fadz kena bersedia sebab bila-bila masa sahaja, Fadz kena panggil masuk bilik operation...
Kira-kira jam 11:30pagi..ahli keluarga Fadz yang lain datang menjenguk Fadz...perasaan time tu, tak tergambar..takut sangat-sangat..:(
Jam 2:00petang~Fadz dah kena panggil masuk bilik bedah..time kena usung tu, singgah dekat kaunter kejap sebab nurse suruh telan ubat dua biji...masa masuk bilik bedah tu, tak lah terus operation..Fadz kena tunggu lagi, sebab ada orang yang masih dalam bilik bedah..masa tunggu tu, sempat lagi bergurau dengan staf-staf bilik bedah tu..hehehe...
tak lama lepas tu, keluar seorang budak perempuan dari bilik bedah dan letak dekat sebelah Fadz...kesian budak tu, menangis sebab seluruh kaki kirinya, disimen..terfikir pula, Fadz nanti macam mana ya??
Ayah kata, Fadz keluar bilik bedah tu, jam 11malam dah..bayangkan, masuk jam 2:00petang, sekali keluar jam 11malam..kesian dekat keluarga tunggu Fadz sampai lewat malam..
(*Informasi tambahan : Mr. Chuah kata, Fadz kena bedah jam 3:30petang dan tamat jam 7:30malam[4 jam]
Lepas keluar dari bilik bedah, Fadz terus masuk wad...bernasib baik sikit sebab tak perlu masuk ICU..
 ~~beruntung sebab kakak ada ambil gambar masa baru keluar bilik bedah~~
~~bencinya hos tu, rasa-rasa nak cabut!~~

Tak lama lepas tu, datang seorang doktor India lelaki bangunkan Fadz..Isshh!! Kacau orang yang nak tidur!! orang baru operation lah..penat..nak tidur..doktor tu, check keadaan Fadz dan tanya nama Fadz..ayat yang Fadz terfikir time tu adalah, "Tak nampak ke nama Fadz yang tergantung kat katil tu? Tak boleh baca??" hahahaha...hurrmm..tak apalah..Fadz sebut nama Fadz, terus doktor tu pergi..hehehe..aman sikit~~


(*Sedikit lagi informasi tambahan : ada dua orang pakar ortopedik yang membuat pembedahan Fadz.. pertama: my doctor, Mr. Chuah dan Mr. Nahulan)

2 comments:

  1. kuatkan semangat ye.
    nasib baik dapat detect masa kecil.
    banyak option boleh buat.


    akak detect bila dah 23 tahun.
    jadi dah susah nak buat apa apa pun.

    sentiasa doakan kamu kuat-kuat selalu. :)

    ReplyDelete
  2. Thnks kak..
    skrng dah x leh buat apa2 ke?? pegi fisio ke?? skrng curve akak brapa??

    Fadz pun doakan akak supaya tabah mnghadapi semua ni...^_^

    ReplyDelete