My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday 20 February 2012

Dua Temu Janji, Dua Klinik, Dua Doktor

Hello Readers....
Apa khabar? Hari ni, Fadz ada jumpa doktor spine Fadz, Mr.Chuah.. Hari ni juga, merupakan setahun selepas Fadz menjalani operation pada January 2011. 


Fadz datang dengan bapa seawal jam 8..lepas tu, kitorang pegi x-ray. Dalam tengah menunggu nama Fadz kena panggil tu, Fadz sentiasa berdoa agar spine Fadz tak berubah..sebab Fadz takut sangat spine Fadz akan bengkok balik akibat main bola tampar hari tu..
Semasa nama Fadz dipanggil dan petugas(lelaki) dalam bilik x-ray tu, suruh Fadz buka tudung. Tapi, Fadz berkeras juga tak mahu buka. Pada Fadz, bukannya terlalu darurat untuk Fadz membuka tudung. Hmm, apa nak jadi petugas hospital sekarang ni.
 seperti biasa, Mr.Chuah bagi Fadz ambil gambar..hehe
napa badan Fadz tu macam orang bongkok ya? (perasaan Fadz mungkin)

Okey, part yang paling BEST semasa jumpa doktor tadi..
semasa Fadz tengah sibuk mengambil gambar x-ray, dalam fikiran Fadz ada terlintas nak bergambar dengan doktor. tapi "dipendamkan" sahaja niat tu..
Tapi, semasa nek mengambil gambar yang terakhir, terus doktor cakap dekat Fadz, "tidak mahu bergambar dengan saya"?...hahahahaha...

So, tadi..sempatlah juga bergambar dengan doktor dan nurse....Yeayyyy...sangat gembira!

Unable to upload. Let's the admin alone see the picture
DON'T BE MAD. HAHAHAHA

Thank You Mr. Chuah UC..:)


-----------------------------------------------------

Lepas habis berjumpa dengan Mr.Chuah, Fadz kena berjumpa dengan pakar mata pula. Sepatutnya, temu janji Fadz dengan pakar mata, hari rabu ini.. tapi, bapa Fadz suruh Fadz percepatkan dan satukan dengan temu janji ortopedik.. Fadz perasan yang "Fail" Fadz tiada. Jadi, Fadz bagi tahu dekat bapa..mula-mula bapa tak ambil kisah lagi..tapi bila sudah berada dalam bilik doktor, doktor terpaksa tanya semua soalan. macam mana mata boleh jadi macam tu dan banyak lagi. Bapa time tu, dah naik darah. Dia marah sebab fail Fadz tak dapat dicari. lepas tu, terus dia keluar dari bilik doktor dan tinggalkan Fadz dalam bilik doktor tu.. Fadz hanya mampu tersenyum dekat doktor tu..huhu..tak tau nak cakap apa lagi...
tak lama lepas tu, doktor suruh Fadz check degree mata.. Alamak!! degree naik lah pula..500degree...hadoii..tak tau nak cakap apa lagi..terkedu lidah Fadz..
ZzZZzZZZzzzzZ....

next Appointment,, Spine=27.08.2012...Eye=13.08.2012

Posted by Hana Izdaf\Ssiffar .Dhom

No comments:

Post a Comment