My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, 20 February 2012

Dua Temu Janji, Dua Klinik, Dua Doktor

Hello Readers....
Apa khabar? Hari ni, Fadz ada jumpa doktor spine Fadz, Mr.Chuah.. Hari ni juga, merupakan setahun selepas Fadz menjalani operation pada January 2011. 


Fadz datang dengan bapa seawal jam 8..lepas tu, kitorang pegi x-ray. Dalam tengah menunggu nama Fadz kena panggil tu, Fadz sentiasa berdoa agar spine Fadz tak berubah..sebab Fadz takut sangat spine Fadz akan bengkok balik akibat main bola tampar hari tu..
Semasa nama Fadz dipanggil dan petugas(lelaki) dalam bilik x-ray tu, suruh Fadz buka tudung. Tapi, Fadz berkeras juga tak mahu buka. Pada Fadz, bukannya terlalu darurat untuk Fadz membuka tudung. Hmm, apa nak jadi petugas hospital sekarang ni.
 seperti biasa, Mr.Chuah bagi Fadz ambil gambar..hehe
napa badan Fadz tu macam orang bongkok ya? (perasaan Fadz mungkin)

Okey, part yang paling BEST semasa jumpa doktor tadi..
semasa Fadz tengah sibuk mengambil gambar x-ray, dalam fikiran Fadz ada terlintas nak bergambar dengan doktor. tapi "dipendamkan" sahaja niat tu..
Tapi, semasa nek mengambil gambar yang terakhir, terus doktor cakap dekat Fadz, "tidak mahu bergambar dengan saya"?...hahahahaha...

So, tadi..sempatlah juga bergambar dengan doktor dan nurse....Yeayyyy...sangat gembira!

Unable to upload. Let's the admin alone see the picture
DON'T BE MAD. HAHAHAHA

Thank You Mr. Chuah UC..:)


-----------------------------------------------------

Lepas habis berjumpa dengan Mr.Chuah, Fadz kena berjumpa dengan pakar mata pula. Sepatutnya, temu janji Fadz dengan pakar mata, hari rabu ini.. tapi, bapa Fadz suruh Fadz percepatkan dan satukan dengan temu janji ortopedik.. Fadz perasan yang "Fail" Fadz tiada. Jadi, Fadz bagi tahu dekat bapa..mula-mula bapa tak ambil kisah lagi..tapi bila sudah berada dalam bilik doktor, doktor terpaksa tanya semua soalan. macam mana mata boleh jadi macam tu dan banyak lagi. Bapa time tu, dah naik darah. Dia marah sebab fail Fadz tak dapat dicari. lepas tu, terus dia keluar dari bilik doktor dan tinggalkan Fadz dalam bilik doktor tu.. Fadz hanya mampu tersenyum dekat doktor tu..huhu..tak tau nak cakap apa lagi...
tak lama lepas tu, doktor suruh Fadz check degree mata.. Alamak!! degree naik lah pula..500degree...hadoii..tak tau nak cakap apa lagi..terkedu lidah Fadz..
ZzZZzZZZzzzzZ....

next Appointment,, Spine=27.08.2012...Eye=13.08.2012

Posted by Hana Izdaf\Ssiffar .Dhom

Tuesday, 7 February 2012

My 2nd Volleyball Tournament


Hello!! Apa khabar semua? semoga sihat walafiat ya...:)


Last post Fadz ada mention pasal pertandingan bola tampar kan. Hai,, dukacita dimaklumkan, kami telah kalah..huhu. kecewanya Fadz. apa lagi cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Haihh. Sepatutnya kami boleh menang, tetapi disebabkan semua orang terlalu gelojoh & mata kami selalu tengok dekat scoreboard, hah! itulah pasalnya..

hm..Fadz pun banyak buat kesalahan dalam gelanggang. paling banyak adalah bila servis bola. Game pertama, servis Fadz banyak yang tak masuk(itupun bukan sebab tak ada kudrat nak pukul bola) tetapi sebab tangan Fadz ni "terlebih kuasa" semasa pukul bola tu. Hahaha. Mungkin sebab bola yang digunakan tu, ringan.. 

Hehe. Kalau nak tengok lagi banyak gambar-gambar, klik dekat Sini..(itupun kalau korang ada friends of friends dengan Fadz)


Ok. Cerita terbaru pula, Fadz TERPILIH mewakili daerah Fadz(Kota Belud) untuk pertandingan bola tampar ni. Tapi, setelah difikir-fikir, Fadz ambil keputusan untuk menarik diri :(.. itu pun sebab Fadz rasa Fadz tersangat-sangat penat..Fadz rasa badan Fadz memerlukan rehat..Latihan kitorang sangat ketat sebab pertandingan peringkat daerah akan berlangsung hari khamis ni(9/2/2012). Latihan kitorang bermula jam 7pagi hingga jam11pagi..kemudian sambung lagi jam 2petang hingga jam 6petang..tempat latihan kitorang dekat gelanggang terbuka..bukannya dalam dewan..
jadi muka Fadz jadi hitam..SUN BURN lah katakan..hahahaha
(gambar ni Fadz ambil time habis latihan untuk peringkat sekolah, sekarang ni pula, lebih bertambah)huhu


lagi pula, Entah mengapa sejak akhir-akhir ni, Fadz rasa hump Fadz bertambah..itulah yang Fadz takutkan..doakan Fadz ya, supaya benda ni cuma perasaan Fadz...


bulan Febuari ni, Fadz ada temu janji dengan doktor..20/2 dengan 22/2..20hb untuk tulang, dan 22hb untuk mata...harap-haraplah semuanya berjalan lancar..


Cerita Fadz sampai dekat sini ya..nanti kalau ada perkembangan terbaru, Fadz akan bagi tahu..



Post by : HanaIzdaF :D smile always :)