My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday 2 April 2011

My Story part 1

Mula-Mula disahkan menghidap penyakit skoliosis
- pada awal tahun 2009, ketika melihat bentuk badan belakang di cermin, Fadz perasan akan bentuk tulang bahu kanan yang agak menonjol di sebalik baju..kemudian Fadz bagitau masalah itu kepada mak dan bapa..Disebabkan risau,keesokan harinya, Fadz telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan lanjut...setelah membuat x-ray, rupa-rupanya, tulang belakang Fadz bengkok..huu..sedihnya time tu..time tu juga, Fadz kebetulan mengikuti aktiviti perlawanan bola tampar mewakili sekolah...untuk pengetahuan para pembaca, berat badan Fadz 33kg sahaja...selepas x-ray dan sesi soal jawab dengan doktor, kes Fadz dirujuk ke Klinik Pakar Queen Elizabeth.
      Setiap 3 bulan Fadz terpaksa berulang-alik untuk melakukan review di sana..setelah hampir 2 tahun berulang alik ke KK, dan bertukar doktor dari Dr. Sallehuddin ke Dr.Chuah, Fadz diberitahu bahawa pembedahan harus segera dibuat kerana keadaan tulang belakang Fadz sudah semakin teruk iaitu 80degree..yang menyebabkan kami agak lambat membuat op,kami terpaksa menunggu selama 1 tahun pihak kebajikan mengeluarkan surat(oleh kerana saya bersekolah) untuk pengeluaran duit untuk membuat membeli peralatan pembedahan..

No comments:

Post a Comment