My scoliosis

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, 25 April 2016

Botol Ukir Inai

Helloo... Bertemu kita di segment henna by fadzz.. Promote sikettt.. Haha..

Okay. Back to topic..
Fadz ada menjual botol ukir inai atau henna applicator bottle..

Contoh seperti digambar..
Botol ni berharga rm65 tidak termasuk pos..
Berminat boleh Whatsapp +60168232696

Sunday, 13 March 2016

Assalamualaikum pembuka kata……

Rasanya dah bertahun Fadz xupdate blog ni.. huhuhu.. memandangkan zaman sekarang ni dah canggih, maka semua benda pun online dekat telefon.. malas nak buka laptop yg berpuaka tu..haha.. 

So, hari ni, Fadz nak promote sikit bisnes yg Fadz bt sekarang.. 

Fadz menawarkan bisnes melukis inai kepada bakal-bakal pengantin dan pd yg belum nak kahwin tpi mahu berinai, Fadz ada menawarkan "Henna For Fun".. ini untuk orang2 Sabah.. Fadz mengambil tempahan melukis inai di sekitar kawasan KOTA KINABALU dan KOTA BELUD sahaja.

dekat bawah ni, Fadz ada selitkan gambar yg pernah Fadz buat..



Ni antara contoh pakej pengantin

antara contoh Henna for fun



Fadz selit sikit je.. ada lebih banyak design daripada ni.. kalau berminat boleh add facebook Fadz, Fadz ianah .. boleh pm fadz dekat sana.. Maaf Fadz xboleh provide number fon dekat sini atas sebab-sebab tertentu.. 

JOM orang-orang Kota Kinabalu dan Kota Belud, Sabah berinai bersama Fadz.. Harga murah2 saja baa..#inai pengantin Kota kinabalu dan inai pengantin Kota Belud Sabah..

Friday, 28 March 2014

Hi.. Hi.. Hi!!!

Hi Guys! whatzupp?? ^_^

Lamannya tak update blog.. huhu..
blog dah berhabuk nampaknya.. kihkihkihki.
maaf ya. Fadz agak sibuk. Lagipun, Fadz jarang online guna laptop. Asyik guna hp je..  :P

20 March 2014, result SPM 2013 keluar.. zzZz   (=,=")
Tak usah tanya Fadz dapat berapa..yang Fadz dapat cuma, 'ceramah FREE' dari 'penceramah-penceramah BerTauliah'.. hahaha! well.. Just forget about that..  Fadz nak cerita tentang appointment Fadz dengan Dr. Chuah. emm.. Bulan Feb tu, Fadz ada review dengan doktor. Yalah, nak check.. yang titanium kesayangan tu sihat ke tak.. kuikuikuikui..

well.. besi tu sihat walafiat. CUMA.. jeng..jeng.. jeng..

ada prob sikit dengan rod sebelah kanan, paling atas tu.. sometimes, sakit.. but..... only SOMETIMES..

see... nampak tak rod sebelah kanan paling atas tu? nampak tak rod tu ada "terlebih panjang" daripada rod sebelah? tu lah yang sakit tu.. bagi kes macam Fadz ni, doc Fadz suggestkan buat op semula untuk potong rod tu, anddddd (untuk kes macam Fadz) Doc akan sambunkan rod tu sampai atas SEBAB, nampak tak tulang atas tu ada bengkok? hah! Tu yang doc sambung rod sampai atas tu.. sebab ada curve kat atas..
and seriously,, curve tu ada effect dekat tulang leher Fadz..

sobsobsobsob..
apa nak buat kan........ takdir.. mahu tak mahu, kita kena terima..
so, i keep smile facing everything.. :)


salah satu kata semangat, yang Fadz selitkan dalam hati ketika menghadapi sesuatu, ialah,

"Tuhan itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya"

Ia suatu kata-kata yang bermakna buat Fadz. Membuatkan Fadz lebih tabah menghadapi sesuatu..
:)

okee.. sampai disini saja coretan Fadz ni.. Kalau Fadz tak malas, rajin, nanti Fadz update lagi yaa..
xoxo Fadz :D

Wednesday, 11 July 2012

Youtube

Salam sejahtera semua pembacaku! =D


Fadz cuma nak tanya korang, sudah tengok video Fadz dekat YouTube? 
Hah! kalau belum, klik ni cepat-cepat! http://www.youtube.com/watch?v=uTbpWoONXEY . 
Kalau ada soalan, komen dekat bawah tu atau, tanya dekat sini. Ataupun, kalau nak private, korang boleh hantar mesej dekat facebook Fadz . Fadz selalu ON dekat sana. Fadz akan CUBA secepat mungkin membalas mesej-mesej korang semua. 


Satu lagi Fadz nak minta tolong, LIKE page fadz, http://www.facebook.com/pages/vir-fAdZ96blOgSpotcom/168124796627345 


Ribuan ucapan terima Kasih Fdaz ucapkan kepada korang semua. 


x0x0 -->FadzianahLisih

Tiada yang sempurna

Hai semua!
apa khabar? 


cerita yang Fadz nak sampaikan hari ini, merupakan cerita yang sudah lama sebenarnya. Peristiwa ini berlaku pada bulan 4. hehe
Bulan 4 lalu, Fadz dengan kakak-kakak, anak-anak buah dan abang Fadz pergi ke Taman Buaya  yang bertempat di Tuaran. 


Semasa sedang asyik melihat buaya, ada dua ekor yang SANGAT menarik hati Fadz. Mereka sangat istimewa bagi Fadz.


buaya seekor ni ekornya bentuk"C"
yang dekat bawah ini, gambar buaya tersebut
haaa...special kan...:)


Buaya yang kedua ni, amat menyentuh hati Fadz. Membuatkan Fadz rasa yang Fadz tidak keseorangan.
Buaya ini dinamakan,

nampak tak belakang buaya tu ada bongkok. Kalau tidak, pandai-pandailah zoom sendiri. Haha.


Perasaan time tu, bercampur-baur. Entah bagaimana keadaan buaya-buaya tersebut sekarang. =) pada korang yang nak tengok lagi banyak gambar, klik sini!


Fadz harap, entri pada kali ini, serba sedikit memberi semangat kepada pembaca sekalian. Ingatlah, sesakit manapun kita, ada yang lebih sakit dari kita. Bersyukurlah dengan keadaan kita pada masa ini.


Jangan muram-muram! Mulakan hari anda dengan senyuman. 
<3 <3 from Fadz

Wednesday, 6 June 2012

melawat kawan scoliosis

As Salam. Selamat Sejahtera semua.......
Apa khabar? Heee.... lamanya Fadz tak update blog. Haha. Kesian blog ni, sorang-sorang. Tak ada siapa yang nak baca (buktinya tak ada follower baru) . 


OK. 6hb April 2012, Fadz pergi melawat kawan(Fida) yang nak buat operation 7hb. Just bagi dia rasa gembira supaya tak takut. hehe. 
Bersebelahan Fida lak, ada seorang budak perempuan(Iyka). Scoliosis juga. Tapi dia buat operation 8hb. 
Sebelah kiri(Fida) tengah(Fadz) Kiri(Iyka)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Time mereka nak balik rumah pula, Fadz sekali lagi muncul. Hahaha. 
Dorang dah nak pulang rumah
 Yang ini, mak dorang. Sempat juga. Hee

Ok lah. Kalau nak tengok lagi,klik sini / pergi dekat facebook Fadz. Tapi kalau nak ADD tu, Message Fadz dulu, takut nanti Fadz tak approve. hehe.

Sampai di sini sahaja.............<3 <3 <3 <3
(jadi follower ya)

Monday, 20 February 2012

Dua Temu Janji, Dua Klinik, Dua Doktor

Hello Readers....
Apa khabar? Hari ni, Fadz ada jumpa doktor spine Fadz, Mr.Chuah.. Hari ni juga, merupakan setahun selepas Fadz menjalani operation pada January 2011. 


Fadz datang dengan bapa seawal jam 8..lepas tu, kitorang pegi x-ray. Dalam tengah menunggu nama Fadz kena panggil tu, Fadz sentiasa berdoa agar spine Fadz tak berubah..sebab Fadz takut sangat spine Fadz akan bengkok balik akibat main bola tampar hari tu..
Semasa nama Fadz dipanggil dan petugas(lelaki) dalam bilik x-ray tu, suruh Fadz buka tudung. Tapi, Fadz berkeras juga tak mahu buka. Pada Fadz, bukannya terlalu darurat untuk Fadz membuka tudung. Hmm, apa nak jadi petugas hospital sekarang ni.
 seperti biasa, Mr.Chuah bagi Fadz ambil gambar..hehe
napa badan Fadz tu macam orang bongkok ya? (perasaan Fadz mungkin)

Okey, part yang paling BEST semasa jumpa doktor tadi..
semasa Fadz tengah sibuk mengambil gambar x-ray, dalam fikiran Fadz ada terlintas nak bergambar dengan doktor. tapi "dipendamkan" sahaja niat tu..
Tapi, semasa nek mengambil gambar yang terakhir, terus doktor cakap dekat Fadz, "tidak mahu bergambar dengan saya"?...hahahahaha...

So, tadi..sempatlah juga bergambar dengan doktor dan nurse....Yeayyyy...sangat gembira!

Unable to upload. Let's the admin alone see the picture
DON'T BE MAD. HAHAHAHA

Thank You Mr. Chuah UC..:)


-----------------------------------------------------

Lepas habis berjumpa dengan Mr.Chuah, Fadz kena berjumpa dengan pakar mata pula. Sepatutnya, temu janji Fadz dengan pakar mata, hari rabu ini.. tapi, bapa Fadz suruh Fadz percepatkan dan satukan dengan temu janji ortopedik.. Fadz perasan yang "Fail" Fadz tiada. Jadi, Fadz bagi tahu dekat bapa..mula-mula bapa tak ambil kisah lagi..tapi bila sudah berada dalam bilik doktor, doktor terpaksa tanya semua soalan. macam mana mata boleh jadi macam tu dan banyak lagi. Bapa time tu, dah naik darah. Dia marah sebab fail Fadz tak dapat dicari. lepas tu, terus dia keluar dari bilik doktor dan tinggalkan Fadz dalam bilik doktor tu.. Fadz hanya mampu tersenyum dekat doktor tu..huhu..tak tau nak cakap apa lagi...
tak lama lepas tu, doktor suruh Fadz check degree mata.. Alamak!! degree naik lah pula..500degree...hadoii..tak tau nak cakap apa lagi..terkedu lidah Fadz..
ZzZZzZZZzzzzZ....

next Appointment,, Spine=27.08.2012...Eye=13.08.2012

Posted by Hana Izdaf\Ssiffar .Dhom

Tuesday, 7 February 2012

My 2nd Volleyball Tournament


Hello!! Apa khabar semua? semoga sihat walafiat ya...:)


Last post Fadz ada mention pasal pertandingan bola tampar kan. Hai,, dukacita dimaklumkan, kami telah kalah..huhu. kecewanya Fadz. apa lagi cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Haihh. Sepatutnya kami boleh menang, tetapi disebabkan semua orang terlalu gelojoh & mata kami selalu tengok dekat scoreboard, hah! itulah pasalnya..

hm..Fadz pun banyak buat kesalahan dalam gelanggang. paling banyak adalah bila servis bola. Game pertama, servis Fadz banyak yang tak masuk(itupun bukan sebab tak ada kudrat nak pukul bola) tetapi sebab tangan Fadz ni "terlebih kuasa" semasa pukul bola tu. Hahaha. Mungkin sebab bola yang digunakan tu, ringan.. 

Hehe. Kalau nak tengok lagi banyak gambar-gambar, klik dekat Sini..(itupun kalau korang ada friends of friends dengan Fadz)


Ok. Cerita terbaru pula, Fadz TERPILIH mewakili daerah Fadz(Kota Belud) untuk pertandingan bola tampar ni. Tapi, setelah difikir-fikir, Fadz ambil keputusan untuk menarik diri :(.. itu pun sebab Fadz rasa Fadz tersangat-sangat penat..Fadz rasa badan Fadz memerlukan rehat..Latihan kitorang sangat ketat sebab pertandingan peringkat daerah akan berlangsung hari khamis ni(9/2/2012). Latihan kitorang bermula jam 7pagi hingga jam11pagi..kemudian sambung lagi jam 2petang hingga jam 6petang..tempat latihan kitorang dekat gelanggang terbuka..bukannya dalam dewan..
jadi muka Fadz jadi hitam..SUN BURN lah katakan..hahahaha
(gambar ni Fadz ambil time habis latihan untuk peringkat sekolah, sekarang ni pula, lebih bertambah)huhu


lagi pula, Entah mengapa sejak akhir-akhir ni, Fadz rasa hump Fadz bertambah..itulah yang Fadz takutkan..doakan Fadz ya, supaya benda ni cuma perasaan Fadz...


bulan Febuari ni, Fadz ada temu janji dengan doktor..20/2 dengan 22/2..20hb untuk tulang, dan 22hb untuk mata...harap-haraplah semuanya berjalan lancar..


Cerita Fadz sampai dekat sini ya..nanti kalau ada perkembangan terbaru, Fadz akan bagi tahu..



Post by : HanaIzdaF :D smile always :)

Friday, 27 January 2012

Latihan Bola Tampar

As Salam/Hello semua....apa khabar? harap semua, baik-baik saja ya..


Minggu ni, badan Fadz semuanya lenguh-lenguh. Apa lagi kalau bukan akibat main bola tampar. Tapi kali ni, tangan Fadz sampai lebam dibuatnya. Hehehe. Bila dah mula main bola tampar ni, Fadz memang tak boleh kawal diri sebab Fadz seakan-akan terlupa masalah di dunia ni buat seketika. Entah mengapa, Fadz begitu obses dengan sukan ni. :D


pertandingan bola tampar nanti, akan diadakan pada 1 & 2 haribulan Febuari ni. Doakan supaya Fadz & kawan-kawan menang yaa...:)
 bengkak+lebam tangan
yang ini tak lain dan tak bukan,,lebam sebab selalu servis bola

Pasal belakang Fadz pula, selama Fadz main tu, tak pernah ada rasa sakit. Tapi baru-baru ni, kawan Fadz kata, hump Fadz macam bertambah. hurmm. tak tau lah macam mana ..
Mudah-mudahan, bila appointment nanti, x-ray, sama macam dulu..harap-harap lah tak berubuh :((

Post by : HanaIzdaF & SsiffaR.DhoM :D smile always :)

Saturday, 14 January 2012

Alam persekolahan pada waktu pagi

Hai semua~~semua mesti sihat kan..pada yang tak sihat tu, rajin-rajinlah makan/minum ubat ya...


awal tahun ni, Fadz ada check permohonan Fadz pergi Teknik...
Alhamdulillah..permohonan Fadz telah berjaya..kursus yang ditawarkan ialah kursus Binaan Bangunan....hahaha..
Tapi, bila Fadz bagi tahu dekat mak dengan bapa..kedua-duanya pula tak setuju..padahal, sebelum Fadz isi borang teknik tu, Fadz sudah bagi tau dekat dorang..yang Fadz nak masuk Teknik...tapi, mungkin dorang tak nak lepaskan Fadz...tu pasal dorang tak setuju...
hmm..Fadz rasa sangat kecewa pada mulanya...tapi, bila difikir-fikirkan balik, mungkin Fadz memang tak ada rezeki nak masuk sana...huhu:(


4/1/2012- tarikh bermulanya Fadz bersekolah pada waktu pagi...penatnya bangun setiap pagi...hahaha..untuk pengetahuan para pembaca semua, Fadz sebenarnya susah nak bangun pagi...Fadz  selalu bangun lewat..hehehe..jadi, ianya merupakan satu cabaran bagi Fadz..
PMR 2011 tu, keputusan Fadz tak lah sangat memuaskan..tapi, sekurang-kurangnya, Fadz tak ada "D,E" dalam result..


Kelas Fadz pula..Fadz ambil kelas Perakaunan...kelas Fadz ada 4subjek elektif iaitu Matematik Tambahan, Perakaunan, Ekonomi Asas dan ICT...subjek yang sangat mencabar bagi Fadz..tapi , Fadz akan sedaya upaya untuk belajar semua tu....


Doakan Fadz ya...:D

Monday, 19 December 2011

cuti panjang~~

As Salam dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog ku...


Hari ini, Fadz rasa tersangat-sangat bosan! Al-maklumlah, sekarang ni dah mula cuti sekolah..Sebenarnya, Fadz suka cuti sekolah, sebab Fadz boleh tidur sepuasnya dan mula lah bermalas-malasan atas tilam...


tapi, bila dah mula cuti sekolah ni, Fadz susah sangat nak jumpa friends...kalau orang lain, inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama family dorang..tapi, Fadz tak macam dorang..family Fadz semuanya sibuk dengan hal masing-masing...mak dan bapa pula, dua-dua sibuk dengan kerja...
tinggallah Fadz seorang...:( :(


---------------------------------------------------------------------------------------------

sekarang, ada 2minggu lagi cuti sekolah..lepas tu sekolah balik...dan yang paling penting, 22December ni result PMR 2011 nak keluar..fuh! tak tau lah result nanti macam mana..hopefully, lulus..

plan Fadz tahun depan pula, nak pindah sekolah...Fadz nak masuk Sekolah Menengah Teknik Likas..huhuhu..Fadz harap permohonan Fadz tak ditolak..

minggu ni, Fadz habiskan cuti di daerah Pitas...Fadz ikut kakak Fadz tinggal dekat sini..nak kata bosan tu, memang SUPER bosan..tapi, sekurang-kurangnya Fadz boleh tenang dekat sini..lagipun, ada seseorang yang sanggup menemani..huhuhuhu..


Monday, 5 December 2011

parutku oh parutku

Hai semua~~~
hari ini, Fadz nak ceritakan tentang parut Fadz..sebab hari ini, ada sorang kakak ni..tanya Fadz pasal parut yang Fadz upload hari tu...

Gambar parut dekat bawah ni, kakak Fadz ambil semasa Fadz berada di wad mata...masa tu, ada seorang doktor India yang datang melawat..katanya nak tengok luka, lepas tu nak cuci...
mula-mula, geli juga nak tengok..hahaha..jangan korang geli sudah..:D

buat masa ni, ini saja yang Fadz dapat coretkan...
Fadz malas..Fadz sibuk sikit...hehehe

Monday, 7 November 2011

Fadz ikut perlawanan Bola Tampar

Hello semua~~~~~~
wahh...lamanya tak update blog....kalau ikutkan hati, berbulan-bulan blog ni terbiar...hehe...hari ni, kalau tak silap kiraan Fadz..sudah 9bulan 3minggu lepas op..
last appointment tulang hari tu, doktor Fadz sudah bagi kebenaran untuk main sports..:)


So, beberapa hari lepas..Fadz ikut perlawanan bola tampar...bukan calang-calang sport tu...hihihi...
(Fadz yang tengah ambil bola)

(Fadz tengah berlari ambil bola depan jaring)
Siap sedia untuk pukul bola!

pada masa tu, pemain kami adalah 3lelaki dan 3perempuan, mixed...
Pendek kata, Fadz memang seronok time tu...dapat juga melepaskan hasrat main bola tampar balik...maklumlah, Fadz sudah hampir 2 tahun tidak main kerana satu sebab...Sebab Fadz ada scoliosis...:)
tapi tak apa...sebab sekarang Fadz sudah aktif balik dalam sport yang Fadz suka..:D

Mesti tak best kalau sekadar tengok gambar..hehe...
Kat bawah ni, Fadz sertakan video perlawanan kami...
Siap masuk YouTube lagi..:D

hehe...kalau nak cari Fadz, senang sangat....dekat team Fadz, Fadz seorang sahaja yang pakai tudung..:) Team Fadz, sebelah kiri..:) 

Selamat Menonton! :D

(p/s : walaupun Fadz seorang pesakit scoliosis, tapi Fadz boleh lakukan hampir semua perkara selepas op...Jadi, para pesakit scoliosis yang belum op..macam mana pula??
pastikan anda telah membuat keputusan yang betul :)

Sunday, 16 October 2011

My Lovely Family~~~Forever

Seorang anak tak lengkap tanpa sebuah keluarga...kan....
Fadz nak cerita pasal keluarga hari ni...hehe...keluarga besar Fadz...


Dekat bawah ni, gambar mak dengan ayah...:)


Abang Sulung Fadz dan kakak ipar

Kakak nombor 2(sangat susah ambil picture ni...hahaha)
Anak Buah(anak kakak no. 2)
kakak nombor 3

kakak nombor 4, abang ipar dan anak buah(Qimi)

kakak nombor 5

Abang nombor 6 dan kakak ipar

Abang nombor 7

Abang nombor 8


Adik nombor 9 ((Fadz)) o.o

Thursday, 13 October 2011

Freedom!!!!!~~~~lalalala

hurmm...lamanya tak update blog....hari ni hari ke-4 dan hari yang terakhir Fadz menduduki PMR 2011, exam yang kedua terbesar dalam alam persekolahan...rasa macam terlepas dua beban...tapi Fadz tidak mahu terlalu teruja dan seronok sebab Fadz terpaksa menunggu result PMR yang keluar nanti...tak tau lah macam mana nanti..hopefully lulus...
     Lepas PMR ni, sekolah Fadz banyak anjurkan aktiviti....yang penting, Fadz nak ikut at least satu aktiviti....my friend kata,, lepas PMR ni, mungkin cikgu anjurkan pertandingan bola tampar...wah!!! Fadz nak ikut!! I dont care....tangan ni rasa-rasa nak tampar bola tu...hahaha...
     
     Bulan lepas hari jadi Fadz...hehehe...12 SEPTEMBER 2011...masa tu, Fadz memang tak sangka-sangka..rupanya, ada kejutan menanti Fadz.....
Time waktu rehat persekolahan, kawan Fadz bawa masuk dalam kelas kek hari jadi...perasaan time, sangat-sangat gembira...hahaha...bestnya time tu....
Yang ni kek my friends bagi...<3

Balik dari sekolah...my dad yang ambil...lepas tu, my dad bawa beli barang dekat pekan..sampai dekat pekan,, my dad suruh ambil kek Fadz...wah!! .....sekali tengok tulisan dekat kek tu, terharu pula...huhu..

 I love this CAKE!!!
Me with my lovely cake~~~~

Fadz rasa bersyukur sangat sebab ada kawan yang prihatin dan ibubapa yang mengambil berat....
I LOVE YOU ALL..................................................

Tuesday, 27 September 2011

Sunday, 11 September 2011

Masuk Wad lagi sekali :((((((

Wah!! tak sangka-sangka boleh balik rumah..sampai dekat rumah, semuanya gembira tengok Fadz dah sihat..Fadz pun gembira dapat balik rumah...

malangnya, kegembiraan itu, telah ditarik balik..
hari ke-5(Jumaat) Fadz berada di rumah, Fadz rasa mata kiri Fadz macam masuk benda..jadi, Fadz gosok pakai tangan..bapa kata, jangan gosok..nanti mata tu jadi merah..tapi, Fadz gosok juga(sebab kalau kita gosok, benda tu akan hilang)..tapi, tak tahu lah hari tu kenapa benda tu tak hilang-hilang juga...
     malam tu, mak Fadz panggil seorang nenek yang pandai ubat orang(maklumlah orang kampung..tahu-tahu sajalah)...lepas tu, mak cik datang dan suruh letak eye-mo..kami pun letak lah..malam tu, Fadz langsung tak lena nak tidur..mata Fadz rasa sakit sangat...
     hari ke-6(Sabtu)..bapa bawa Fadz pegi klinik..doktor tu kata, dalam anak mata kiri Fadz ada satu tompok kecil warna putih..lepas tu, doktor bagi ubat titis dan krim mata...malam tu, masa tidur..perkara yang sama masih berlaku..kali ni, mata Fadz rasa macam kena cucuk oleh jarum...
     hari ke-7(Ahad)..bapa ambil keputusan untuk bawa Fadz pergi hospital(Kota Belud)..masa tu, kakak no. 5, yang temankan Fadz...sampai dekat hospital, doktor tu cakap nak cuci mata Fadz...sakitnya masa tu..sudahlah masa tu lepas op, tak boleh gerak sangat..
lepas tu, doktor tu datang dekat Fadz dan kata, Fadz kena masuk wad dekat Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu..Ya Allah!! Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan Fadz masa tu...menitis air mata mengenangkan perkara tu..
     Sampai di HQE, Fadz didaftarkan di wad mata..petang tu, doktor India perempuan datang dan check mata Fadz...
lepas tu, doktor tu kata, mata Fadz kena corneal ulser dan Fadz mesti duduk dekat wad...malangnya nasib Fadz..Fadz sudah lah baru lepas dua kali pembedahan, dan sekarang, mata kiri Fadz kena Corneal Ulser pula..Fadz dapat rasa hati Fadz hancur ketika tu...rasa sedih sangat...
~mata kiri yang ada selaput putih+merah~

cuti yang doktor bagi lepas pembedahan scoliosis sepatutnya Fadz habiskan di rumah, telah Fadz habiskan di wad mata..
Fadz telah menghabiskan masa selama 2bulan berada di wad mata...
(maaf, sebahagian tulisan terpadam[fadz punya pasal])
:D
 (ni, tengah main game..sebab TERLALU BOSAN dekat ward)
(yang ni pula, antara ubat-ubat yang perlu dititiskan dalam mata Fadz.
setiap 1jam titis ubat, BOSAN!)
 antara ubat-ubat
 Homatropine-
 Vigamox
 Betamet
 Genta-Bet
Fucithalmic(ubat krim)

sehingga kini, Fadz mempunyai selaput putih di mata kiri Fadz...last appointment dengan doktor mata hari tu...doktor kata, mata kiri Fadz mempunyai 450degree..sedangkan mata kanan Fadz 0degree...jauhnya perbezaan..:(((

Ohh~~lepas satu masalah timbul lagi satu masalah....
Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah..